ASUS Maximus II GENE – Mini Size, Max Mobility

Posted by Founder in Aug 28, 2009, under Computer Hardware

maximus

Asus kini menampilkan Motherboard berkuasa tinggi yang iaitu ASUS Maximus II GENE. Berikut adalah serba sedikit bagi spesifikasi Motherboard ini. Dengan padanan soked 775 Processor dan support Intel® Socket 775 Core™2 Quad/Core™2 Extreme/Core™2 Duo/Pentium® dual-core/Celeron® dual-core / Celeron® Processors Support Intel® 45nm Multi-Core CPU (* Refer to www.asus.com for Intel CPU support list). Dengan chipset Intel® P45 /ICH10R, Front Side Bus 1600/1333/1066/800 MHz, 4 x DIMM, Max. 16 GB, DDR2 1300/1200/1066/800/667 Non-ECC,Un-buffered Memory Dual Channel memory architecture bagi RAM, Audio 8 – Channel High Definition Audio CODEC, CPU Level Up Dan menampilkan SupremeFX X-Fi built-in. Sememangnya ia adalah ciptaan extreme bagi pengguna yang inginkan kemampuan extreme bagi cpu mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Motherboard ini, sila layari www.asus.com.

5 Comments more...

Lenovo C100 All-In-One PC (Baru)

Posted by Founder in Aug 28, 2009, under Computer

value-desktop_c300_940x141

Lenovo menampilkan C100 All-In-One PC yang mana kini telah dilancarkan di pasaran Malaysia. Komputer yang berasaskan Intel Atom sebagai procssor, Chipset Intel® 945GC Express, 1GB DDR2 SDRAM supports up to 2GB DDR2 SDRAM, 160GB SATA HDD supports up to 320GB SATA HDD, Intel® Graphics Media Accelerator 950(Integrated) ATI Mobility Radeon™ HD 4530 51 2MB(Discrete), DVD-RW Drive, Integrated 1.3 Megapixed Camera, Integrated stereo speakers, Fast Ethernet 10/100 Ethenet Wireless LAN 802.11bg, 6xUSB Ports, PS/2® Keyboard & USB Mouse, Headphone, Microphone(front) Line In, Line Out, Microphone(rear), 1.3 megapixel integrated camera, 6-in-1 Card Reader, Lenovo Keyboard and Optical Mouse, dan 18.5″ (Resolution 1366×768) 16:9. Begitulah spesifikasi bagi Komputer ini yang pastinya akan menambat hati pengguna dimana ia dapat menjimatkan ruang disamping reka bentuk yang menarik. Untuk keterangan lanjut sila layari www.lenovo.com.

4 Comments more...

ASUS P5Q PRO Turbo – Easy Overclocking, Excellent Performance

Posted by Founder in Aug 28, 2009, under Computer Hardware

pro

Asus sekali lagi menampilkan spesifikasi tinggi bagi motherboard yang dihasilkan. ASUS P5Q PRO Turbo adalah antara produk terbarunya yang menambat hati saya untuk dijadikan bahan ilmu di sini. Berikut adalah serba sedikit spesifikasi Motherboard ini. Dengan padanan Intel® Socket 775 Core™2 Quad/Core™2 Extreme/Core™2 Duo/Pentium® dual-core/Celeron® processors Support Intel® 45nm Multi-Core CPU, Front Side Bus 1600/1333/1066/800 MHz, 4 x DIMM, Max. 16 GB, DDR2 1300/1200/1066/800/667 Non-ECC,Un-buffered Memory Dual Channel memory architecture, VIA® VT1708S 8 -Channel High Definition Audio CODEC DTS Surround Sensation UltraPC, ASUS 8-Phase Power Design, TurboV / Turbo Key, ASUS Drive Xpert dan 100% All High-quality Conductive Polymer Capacitors! (VRM 5000hrs lifespan @105°C, 500,000hrs @65°C). Rasanya ia amat sesuai bagi mereka yang sukakan teknologi overclocking. Sememangnya ia dapat menarik hati pengguna. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Motherboard ini, sila layari www.asus.com.

116 Comments more...

Altec Lansing Backbeat 906 Headphone

Posted by Founder in Aug 28, 2009, under Mobile Phone, Technology

33485068-2-440-ft-2

Altec Lansing Backbeat 906 Headphone adalah merupakan produk terbaru dari Altec Lansing. Headphone ini di lengkapi dengan sistem bluetooth. Dengan rekabentuk yang flaksible ia adalah tahan lama. Ia mampu memberi pendengaran yang jelas pada Panggilan dimana kita dapat mendengar suara dengan jelas bagi setiap panggilan. Dengan penyangkuk belakang yang boleh dilentur, ia amat sesuai untuk semua dimana dia boleh dibentuk mengikut kehendak dan keselesaaan pengguna. Ia juga memberikan pendengaran yang jelas ketika mendengar muzik. Produk ini dikeluarkan dalam linkungan harga yang saya dapat tahu buat masa ini adalah diantara $69.99 hingga $101.05.

7 Comments more...

ASUS M4A78-HTPC/RC – Building the Dream Home Theater PC

Posted by Founder in Aug 28, 2009, under Computer Hardware

M4A78-HTPC/RC

Asus kini menampilkan ASUS M4A78-HTPC/RC keluaran menarik dengan sistem Audio yang berkemampuan tinggi. Ia dipadankan dengan cpu AMD AM3. Menampilkan Teknologi ASUS Absolute Pitch Hi-Fi, dilengkapi dengan ASUS Home Theater Gate with bundled Remote Controller, ASUS Tranquil Mode dan Express Gate. Berikut adalah serba sedikit mengenai spesifikasi bagi produk ini. Dipadankan dengan AMD AM3/AM2+/AM2 ;Phenom™II /Athlon™II /Phenom™ / Athlon™ /Sempron™ Processors, AMD Cool ‘n’ Quiet™ Technology, Support 45nm CPU. Chipset AMD 780G/SB700, System Bus Up to 5200 MT/s for AM3 /AM2+ CPU, 2000 / 1600 MT/s for AM2 CPU, HyperTransport™ 3.0. 4 x DIMM, Max. 16 GB, DDR2 1066/800/667 ECC, Non-ECC, Un-buffered Memor Dual Channel memory architecture bagi RAM. Rasanya spesifikasi berikut adalah amat tinggi. Yang menjadikan ia menarik adalah kerana ia dikeluarkan bersama remote control bagi audio. Bagi mengetahui spesifikasi penuh bagi produk ini, sila layari www.asus.com.

3 Comments more...

Dell ST2210 21.5” Full HD Widescreen Monitor

Posted by Founder in Aug 23, 2009, under Computer Hardware

st2210

Dell ST2210 21.5” Full HD Widescreen Monitor merupakan produk terbaru dari dell. Ia menampilkan kualiti gambar yang jelas dan cantik bagi tontonan Movie, Bermain game dan melayari internet. Dengan dinamik kontras sehingga 50,000:1 (max). Dengan level brightness 250cd/m². Kini produk ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM 619.00 pada harga pembelian online. Maklumat lanjut dan pembelian, sila layari www.dell.com.

15 Comments more...

Nokia Ovi Store

Posted by Founder in Aug 22, 2009, under Mobile Phone, Software Download

ovi

Nokia kini menyediakan laman web bagi mendownload gadget-gadget terbaru untuk telefon bimbit jenama nokia anda. Laman web ini masih baru namun masih ramai yang tidak mengetahui mengenai website ini. Website ini amat berguna bagi pengguna telefon bimbit nokia kerana ia menyediakan update terbaru untuk telefon bimbit anda. Program yang disediakan boleh di download terus dan ada yang berbayar. Dan pastinya ia mengikut kesesuaian model telefon bimbit anda. Untuk ke laman web tersebut sila layari www.ovi.com.

2 Comments more...

Dell(TM) Studio 14 Laptop (S510802MY)

Posted by Founder in Aug 19, 2009, under Computer

dell-studio1

Dell Studio 14 Laptop merupakan produk terbaru dari dell yang masih segar dan kini berada di pasaran. Sekali lagi dell menampilkan rekabentuk menarik di samping pacuan yang sepadan dengan rupanya. Antara spesifikasi seperti Intel® Core™ 2 Duo Processor P8700 (2.53GHz/ 1066 FSB/ 3MB Cache), 4GB Dual-channel 1066MHz DDR3 SDRAM (2 x 2GB), 500GB 5400RPM SATA Hard Drive, 14” High Definition 720p WLED (1366×768) Display with TrueLife™, 512MB ATI Mobility Radeon HD 4530 Video Card, serta lain-lain standart laptop. Dengan spesifikasi seperti ini, ia amat sesuai untuk kerja-kerja yang agak berat yang memerlukan banyak penggunaan graphic. Produk ini kini di pasaran dengan harga pembelian online ialah RM 3299. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai spesifikasi dan melihat dengan lebih dekat, sila lawati www.dell.com.

2 Comments more...

Cool Wallpaper For Download

Posted by Founder in Aug 19, 2009, under Wallpaper

1 Comment more...

Dana RM75j Bantu MSC

Posted by Administrator in Aug 18, 2009, under Berita Semasa

mdec1

PERBADANAN Pembangunan Multimedia (MDeC) menubuhkan dana dengan jumlah permulaan RM75 juta untuk membantu syarikat berstatus MSC tempatan menghasilkan animasi dan permainan dengan rakan kongsi asing. Dana Produksi Bersama Pusat Kandungan Kreatif MSC Malaysia (MAC3) itu dijangka membiayai kira-kira 15 projek bagi tempoh dua tahun akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali, berkata 15 projek disasarkan itu berpotensi menyedia 600 peluang kerja bagi pekerja kreatif dalam pelbagai kapasiti sepanjang tempoh projek itu. “Bergantung kepada prestasi syarikat yang produksi bersama mereka akan dibiayai menerusi mekanisme ini, kami berharap dapat mengembangkan jumlah dana di masa depan menerusi pelbagai model,” katanya.

30 Comments more...

Pembayaran Cukai Dengan M2e.net

Posted by Administrator in Aug 18, 2009, under Berita Semasa

bacc01_logo_lg1

MAJIKAN dan syarikat kini boleh membayar cukai mereka dan pekerja dengan mudah dan pantas melalui portal pengurusan tunai Maybank2e.net dengan termeterainya kerjasama antara Maybank dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), semalam. Kerjasama itu menyaksikan kemudahan pembayaran cukai pendapatan secara online di portal M2e.net yang membolehkan lebih daripada 12,000 pelanggan perniagaan dan korporat Maybank mendapat manfaat. Ia kerjasama kedua Maybank dengan LHDN kerana sebelum ini Maybank menjadi bank pertama menawarkan khidmat pembayaran cukai melalui empat saluran perbankan iaitu mesin juruwang automatik (ATM), Perbankan Internet Maybank2u.com, Kawanku Phone Banking dan kaunter. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata khidmat pembayaran cukai pendapatan secara online kepada pelanggan perniagaan bukti komitmen Maybank dalam menyediakan nilai tambah kepada pelanggan.

19 Comments more...

MSI X600 NoteBook Baru

Posted by Founder in Aug 17, 2009, under Computer

x600

MSI kini menampilkan model terbaru Notebook X600 series dengan mengekalkan ciri-ciri Slim Notebook. Boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih seberat 21.kg, MSI X600 dipadankan dengan Intel® Centrino® 2 Processor Technology, Intel® GS45 + ICH9M-SFF chipset, DDR2 667/800, Max: 4GB RAM, 15.6″ LCD Display, ATi Mobility Radeon HD 4330 graphic, 2.5″ 250GB/320GB/500GB SATA, Webcam,  card reader dan lain-lain standart notebook. X600 dengan reka bentuk lansing dan menarik amat sesuai untuk kegunaan yang ingin penjimatan ruang. Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MSI X600 Series, sila layari www.msi.com.

Leave a Comment more...

Dell Promosi Server

Posted by Administrator in Aug 17, 2009, under Berita Semasa

dell_logo1

DELL Asia Pacific Sdn Bhd akan melancarkan kempen menggalakkan lebih banyak perniagaan kecil dan sederhana (PKS) memiliki pelayan atau ‘server’. Pengurus Besar (Perniagaan Kecil dan Sederhana) bagi Asia Selatan Khoo Teng Guan berkata, pihaknya akan melancarkan kempen itu menjelang suku keempat tahun ini kerana kadar PKS memiliki server masih rendah iaitu 25 peratus. Kempen diberi nama My First Server itu satu daripada inisiatif Dell untuk menggalakkan kemunculan lebih banyak usahawan kecil dan sederhana. “Tetapi, rancangan bagi kempen itu belum dimuktamadkan,” katanya. Khoo berkata, kerajaan tempatan komited dalam usaha menggalakkan usahawan PKS menerima pakai teknologi maklumat dalam operasi harian mereka. “Kami mahu mendekati segmen perusahaan kecil dan sederhana, bukan sahaja di kawasan bandar, tetapi juga di kawasan luar bandar,” katanya.

45 Comments more...

Usahawan komunikasi

Posted by Administrator in Aug 14, 2009, under Berita Semasa

celcom

SYARIKAT telekomunikasi, Celcom (M) Bhd (Celcom) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bekerjasama melahirkan usahawan Bumiputera dalam bidang telekomunikasi. Melalui Program Siswazah Perantis dikenali Mentor Mentee dilancarkan hasil kerjasama Celcom dan PUNB bertujuan memberi peluang kepada siswazah menyertai program itu supaya mendapat pendedahan mengenai selok-belok perniagaan. Naib Presiden Celcom Wilayah Utara, Saiful Bahrin Abd Ghaffar, berkata siswazah diberi latihan bersama pengedar terpilih Celcom Wilayah Utara bagi melengkapkan mereka dengan aspek pengurusan perniagaan sebelum bergelar pengedar dan usahawan sebenar. Beliau berkata, usaha itu dilakukan bagi melahirkan lebih ramai usahawan telekomunikasi di kalangan Bumiputera terutama siswazah selepas menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, melalui program itu, Celcom dan PUNB menyediakan semua kemudahan diperlukan termasuk elaun dan modal. “Program anjuran Celcom dan PUNB ini bertujuan melahirkan usahawan di kalangan siswazah dan ia mendapat kerjasama sepenuhnya Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menyediakan 65 pelajar dari Kolej Perniagaan (COB) UUM bagi memulakan program perantis ini,” katanya selepas menghadiri program Usahawan Siswazah Perantis Celcom dan PUNB di Cinta Sayang Resort di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.

1 Comment more...

Razer Megalodon

Posted by Founder in Aug 11, 2009, under Computer Hardware

01_2

Razer Megalodon merupakan keluaran terbaru Headphone dari Razer. Ia merupakan Headphone untuk gaming khasnya dengan 7.1 Surround Sound. Semestinya agak canggih kerana ia menampilkan sistem surround. Dengan spesifikasi Headphonenya seperti Frequency Response: 20 – 20,000 Hz, Impedance: 32 O at 1kHz, Sensitivity (@1kHz, 1V/Pa): 102 ± 4dB at 1 kHz, Max. Input Power: 200 mW, Drivers: 40 mm, with neodymium magnets. Manakala spesifikasi Microphone seperti Frequency Response: 50 – 16,000 Hz, Sensitivity (-37 ± 4dB @1kHz, 1V/Pa): Variable (user adjustable), Signal-to-Noise Ratio: 50 dB, Pick-up pattern: Unidirectional. Ia amat mudah kerana dilengkapi dengan pad kawalan yang boleh mengawal sistem bunyi secara teperinci dan mampu mengawat microphone dengan amat berkesan. Ia merupakan produk terbaru yang dikeluarkan dengan harga $149.99. Untuk maklumat lanjut sila layari www.razerzone.com.

Leave a Comment more...